Sunday, February 6, 2011

BILA ZINA MENJADI BUDAYA

saya berasa terkejut dan sedih apabila membaca sebuah buku bertajuk BILA ZINA MENJADI BUDAYA karya Mohd Syamil & Adriana Balqis.kandungan buku tersebut mengatakan sebanyak 83 kes kelahiran anak luarnikah dilaporkan dalam sehari...itu yg dilaporkan,macammana yg tidak dilaporkan atau tak diketahui....sedihnya bila memikirkan perkara ini terjadi dinegara kita yg selalu kita banggakan.apa dah jadi,kemana ulamak2 yg patut membimbing insan2 yg memerlukan.kita asyik bertelagah merebut kuasa,tidak kiralah kita dr parti mana,apa yg kita perlu tangani sekarang adalah masalah sosial .jgn kita asyik menuding jari kepada pihak ini dan pihak itu....semua mesti bertanggungjawab.ini masalah bersama.1negara harus menangani.Masa kritikal begini la kita memerlukan ulamak2 utk membimbing anak2 muda kembali kepangkal jalan,menyedarkan mereka.masalah sosial ini terjadi tidak mengira darjat,ugama,bangsa,anak sape.
Anak luarnikah ini terjadi bukan saje kerana pergaulan bebas,juga kerana teraniaya.yg menjadi mangsa adalah yg bernama perempuan.yg menyedihkan apabila berlakunya pengguguran  secara haram untuk menutup perbuatan keji,yg dibuang dan dibunuh tidak kira lah sebelum dilahirkan ataupun selepas dilahirkan.
sama2 kita fikirkan bagaimana untuk menangani masalah ni,renung-renungkan la.

bayi yang dibuang dan telah digonggong oleh seekor anjing..


janin yang tidak berdosa digugurkn..